Teknik Asas SEO
Teknik asas SEO sesebuah blog atau laman web biasanya terarah kepada artikel itu sendiri, di mana artikel atau kandungan merupakan raja kepadateknik asas SEO itu sendiri. Mungkin para blogger Malaysia sudah semakin mahir dalam ilmu SEO.
Tetapi anda sebagai seorang blogger perlu sedar bahawa bukanlah mudah untuk menaikkan sesebuah artikel atau blog tanpa teknik SEO yang betul. Ini kerana anda perlu bersaing dengan beribu-ribu blog atau laman web yang ada di internet.
Tambahan pula apabila anda mula menulis sebuah topik yang popular, jika anda mempunyai ramai pembaca setia mungkin ianya tidak menjadi masalah bagi anda. SEO taruk tepi pun tidak mengapa. Tapi jika blog anda tidak popular dan tidak mempunyai pembaca yang ramai, teknik asas SEO adalah salah satu cara yang patut anda gunakan untuk menarik trafik ke blog anda selain buat annoying di group Facebook.
Kali ini saya akan kongsikan teknik asas SEO yang boleh anda cuba lakukan di blog anda, tetapi pastikan diri anda bersedia dan mempunyai masa untuk melakukannya.
Teknik Asas SEO Blog
1. Lakukan Keyword Research
Secara keseluruhannya, pernahkah anda melakukan keyword research sebelum menulis sesebuah artikel? Atau anda hanya terus menulis tanpa arah tujuan yang sebenar atau lebih mudah ikut topik yang sama dengan rakan blogger yang lain.
Rata-rata saya lihat blogger sekarang sibuk menjadi penyampai berita dan wartawan, tidak kira mengenai isu semasa dan hiburan. Daripada blog personal menjadi blog hiburan dan berita. Menarik bukan?
Untuk melakukan keyword research anda boleh guna tool percuma dan mudah daripada Google iaitu Google AdWords Keyword Tool untuk menguji frasa kata kunci utama untuk digunakan dalam artikel anda. Anda boleh lihat berapa banyak saingan dan permintaan untuk keyword yang anda ingin gunakan.
2. Keyword Density
Berapa kerap anda ulang keyword utama di dalam artikel anda? Sebaik-baiknya bagi saya adalah 2-4% sahaja. Tidak perlulah sehingga 10% daripada jumlah perkataan di dalam artikel anda, spam namanya.
Anda boleh gunakan plugin SEO yang mampu membantu anda untuk melihat keyword density di dalam artikel anda iaitu SEOPressor. Selain itu juga anda boleh gunakan tools online yang percuma. Search sahaja “keyword density tool” banyak sekali, cuma copy permanlink anda dan lihat hasilnya.
3. Tag ALT Pada Gambar
Artikel blog tanpa gambar nampak kurang menarik rasanya, jadi anda perlulah meletak paling kurang sekeping gambar untuk artikel anda. Baru namanya blog, lainlah kalau anda buat jurnal. Tiada gambar pun tidak mengapa.
Jadi pastikan anda meletakkan tag alt pada gambar anda dengan keyword yang anda gunakan. Tapi biarlah dengan frasa berlainan, baru gempak beb. Ini kerana agen carian atau robot seperti Google tidak pandai membaca gambar, hanya membaca teks.
4. Banyakkan Entri Atau Artikel
Artikel, entri atau kandungan merupakan perkara sama dan diingatkan selalu kepada rakan blogger sekalian. Ingatlah bahawa kandungan entri adalah raja
Jika ingin lebih berjaya, pastikan setiap entri anda berkaitan di antara satu sama lain. Senang cerita blog anda bernichelah. Blog yang banyak entri paling disukai oleh Google, langkah seterusnya rajin-rajinlah bina inbound link di atara entri ke entri yang lain di dalam blog anda. Tapi cukuplah satu dua tiga link sahaja.
Rasanya cukuplah setakat ini perkongsian saya dalam teknik asas SEO, terasa macam bermula dari kosong pula mengenai SEO di blog saya ini. Saja ingin mengingatkan diri sendiri sambil berkongsi dengan para blogger semua.
Manalah tahu mampu membantu anda dalam memenangi pelbagai contest SEO yang sedang berlansung atau akan dilansungkan pada masa yang akan datang. Bermula daripada asas adalah lebih baik lompat seperti katak.
Hanya itu yang Saya Ketahui Tentang
Teknik Asas SEO
0 comments:
Post a Comment